Monday 24 October 2016

PULUHAN PASUKAN PYD YANG DIDUKUNG REZIM ASSAD TEWAS


24 Oktober 2016
Puluhan Pasukan PYD yang Didukung Rezim Assad Tewas


SURIAH (Jurnalislam.com) – Koresponden ElDorar AlShamia melaporkan, Ahad (23/10/2016), artileri dan roket peluncur milik rezim al-Assad yang ditempatkan di kota-kota Kevin dan Mayer, pedesaan utara Aleppo untuk mendukung pasukan Uni Demokrat Kurdi (PYD) selama pertempuran meletus hari ini dan kemarin melawan Tentara Pembebasan Suriah (the Free Syrian Army), di dekat Tal Rifat.
Dua hari terakhir telah terjadi pertempuran antara faksi Euphrates Shield yang didukung oleh Angkatan Udara Turki, melawan milisi PYD dalam upaya merebut kembali kontrol atas Tal Rifat, kota yang diduduki oleh milisi PYD serta sekitarnya.
Wartawan ElDorar mengutip sumber-sumber militer dan menegaskan bahwa PYD hari ini mengumumkan pemakaman di kota Afrin bagi lebih dari 23 pasukan PYD yang tewas dalam pertempuran dengan Tentara Pembebasan Suriah, sementara tembakan artileri dan roket rezim al-Assad masih menargetkan kota Mare dan pinggirannya untuk mendukung PYD.
Operasi Perisai Efrat terpaksa dialihkan menuju kota Tal Rifat dan daerah sekitarnya setelah upaya PYD untuk menguasai desa-desa di Selatan Mare dan memotong kemajuan operasi menuju kota strategis al-Bab.

Aleppo digegar serangan lagi

Aleppo digegar serangan lagi | Harian Metro:





Agensi

Aleppo: Pertempuran dan serangan udara menggegarkan bandar Aleppo semalam selepas gencatan senjata tiga hari yang diisytiharkan Russia berakhir.



Gencatan senjata sebelah pihak itu tamat tanpa sebarang pemindahan orang awam yang cedera dari kawasan yang dikuasai kumpulan penentang. Penghantaran bantuan makanan ke kawasan yang terkepung itu juga gagal dilakukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, pertempuran sengit berlaku malam kelmarin di sepanjang kawasan yang memisahkan barat Aleppo yang dikuasai kerajaan dan timur yang dikuasai penentang.



Beberapa jam sebelum gencatan senjata itu tamat, kumpulan berkenaan berkata, kedua-dua pihak yang bertentangan dilihat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai persediaan menghadapi pertempuran baru.



“Baik rejim mahupun penentang, mereka mengukuhkan kedudukan masing-masing, meningkatkan kebimbangan kemungkinan pertempuran lebih sengit akan meletus,” kata ketua kumpulan, Rami Abdel Rahman.



Bagaimanapun, menjelang pagi, bandar raya itu sepi, tidak pasti sama ada gencatan senjata itu diteruskan atau tidak.



Gencatan berkenaan bertujuan membolehkan orang awam atau anggota penentang meninggalkan timur Aleppo.



Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja orang awam yang mengambil kesempatan itu.



Pegawai Russia dan media Syria menuduh penentang menghalang orang ramai meninggalkan kawasan berkenaan dan menggunakan orang awam sebagai ‘perisai manusia.’



Hampir 500 orang terbunuh dan lebih 2,000 cedera sejak tentera Syria yang dibantu Russia, Pengawal Revolusi Iran dan beberapa militia Syiah melancarkan operasi menawan timur Aleppo pada 22 September.



Daerah berkenaan yang dikuasai kumpulan penentang sejak 2012 tidak menerima sebarang bantuan sejak dikepung 7 Julai lalu.



Lebih 300,000 orang terbunuh sejak perang saudara di Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan antikerajaan meletus pada Mac 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 5:07 AM

'via Blog this'