Tuesday 18 October 2016

45 terbunuh serangan udara di Aleppo


18 Oktober 2016 12:41 AM
seorang anggota  pertahanan awam Syria dikenali sebagai  White

Seorang anggota pertahanan awam Syria dikenali sebagai White Helmets, memangku mayat seorang kanak-kanak perempuan selepas berlakunya serangan udara di bandar sebelah utara Aleppo. AFP
ALEPPO 17 Okt. – Serangan udara di Aleppo hari ini mengorbankan 12 orang awam menjadikan sejumlah 45 orang maut termasuk lima kanak-kanak dalam tempoh 24 jam.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, lima kanak-kanak itu adalah antara mereka yang terkorban akibat serangan udara di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang di Marjeh, timur Aleppo.

Berpuluh-puluh lagi orang awam cedera atau masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman berkata, daripada sejumlah 45 mangsa, 17 daripadanya terkorban dalam serangan tentera Rusia di Qaterji, malam semalam.

Wakil AFP di timur wilayah tersebut memberitahu, pasukan penyelamat White Helmets masih lagi berhempas pulas untuk mengeluarkan 20 mangsa yang tertimbus di Qaterji.

Seorang sukarelawan pertahanan awam berkata, mereka tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja menyelamat malam tadi kerana bimbang serangan udara berikutan pesawat tentera masih berlegar-legar di udara.

Pesawat pejuang Rusia dan ­Sy­ria melancarkan serangan uda­ra di Aleppo bagi menawan semula beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di utara bandar itu. – AFP

14 belas sekeluarga maut di Aleppo

14 belas sekeluarga maut di Aleppo | Harian Metro:



 

SUKARELAWAN Syria membawa mayat seorang bayi perempuan selepas ia ditemui dalam runtuhan bangunan berikutan serangan udara di daerah Qatarji, utara Aleppo, semalam. - AFP







Agensi

Beirut: Empat belas anggota satu keluarga terbunuh dalam serangan udara di timur Aleppo, semalam ketika rejim Syria dengan bantuan pesawat tentera Russia meneruskan kempen untuk menawan kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di bandar berkenaan.



Kumpulan pertahanan Awam berkata, antara yang terbunuh ialah dua bayi berusia enam minggu dan enam kanak-kanak berumur bawah lapan tahun.



Menurut kumpulan sukarela itu, jet Russia terbabit dalam serangan di kawasan kejiranan al-Marjeh itu.



Sementara itu, kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, 17 orang terbunuh dalam serangan berasingan di al-Qarterji, daerah yang dikuasai penentang di Aleppo. Mereka termasuk lima kanak-kanak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 7:50 AM

'via Blog this'