Sunday 28 August 2016

Perang “Segitiga” Turki vs Kurdi vs ISIS Semakin Runyamkan Konflik Suriah



 Sunday, August 28, 2016


Karkamis - Konflik Suriah semakin tidak terarah setelah pemberontak Arab dukungan Turki memerangi pasukan Kurdi di Suriah utara di mana Turki semakin besar melakukan ofensif lintas batas negaranya dengan mengaku menyerang lewat udara baik pasukan Kurdi maupun ISIS.

Pemerintah Turki yang tengah berjuang melawan pemberontakan Kurdi di dalam negerinya, mengatakan kampanye militernya di Suriah yang dibuka pekan ini adalah demi mencegah milisi Kurdi mendapat pijakan wilayah di Suriah dan sekaligus memukul mundur ISIS.

Turki ingin menghentikan pasukan Kurdi menguasai bentangan panjang wilayah Suriah yang berbatasan dengan Turki karena akan memperkuat kelompok militan Kurdi PKK di Turki yang dalam tiga dekade terakhir melancarkan pemberontakan di dalam negeri Turki.

Sumber-sumber keamanan Turki mengatakan jet-jet tempur F-16 membom sebuah situs yang dikuasai milisi YPG Kurdi yang menjadi bagian dari koalisi Pasukan Demokratik Suriah (SDF) dukungan AS.

Turki juga melaporkan seorang tentaranya tewas dan tiga lainnya terluka ketika tank yang mereka kendarai dihajar roket yang ditembakkan dari wilayah yang tengah dikuasai YPG. Akibatnya militer Turki membalas dengan membombardir wilayah YPG itu.

Namun pemberontak Arab Suriah sekutu Kurdi menyebut intervensi Ankara untuk memukul pasukan Kurdi ternyata menyerang pula pasukan Arab yang berkoalisi dengan YPG dan ke daerah di mana tidak ada pasukan Kurdi.

Di darat, pemberontak Suriah dukungan Turki memerangi koalisi SDF dekat kota perbatasan Jarablus. Pasukan koalisi Arab-Kurdi menyatakan Turki menggelarkan tank-tank di kota itu, namuan tudingan ini dibantah pasukan Arab yang bersekutu dengan Turki, demikian Reuters.

Lima budak tembak mati tahanan Syria


28 OGOS 2016

Lima budak tembak mati tahanan Syria


Lima budak tembak mati tahanan Syria Sebuah video menunjukkan lima kanak-kanak berusia 10 hingga 13 tahun melaksanakan hukuman mati terhadap lima tahanan di Syria.
DAMSYIK - SYRIA.Kumpulan militan Daesh didakwa mengeluarkan sebuah video menunjukkan lima kanak-kanak lelaki Britain membunuh tahanan Syria di wilayah Raqqa, menurut laporan perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence.

Mereka dipercayai dari Britain, Mesir, Turki, Tunisia dan Uzbekistan dan berusia antara 10 hingga 13 tahun.

Video berdurasi selama sembilan minit itu memaparkan kanak-kanak berkenaan memakai pakaian seragam tentera dengan sarung tangan hitam, berdiri di belakang tahanan yang dikenal pasti sebagai perisik.

Sebelum hukuman dijalankan, salah seorang budak menjerit “Tiada sesiapa dapat menyelamatkan orang Kurdish walaupun mendapat sokongan Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman”.

Senjata api kemudiannya diangkat sebelum menembak mati kesemua mangsa.

Difahamkan, Daesh telah merekrut kanak-kanak sebagai pejuang dan setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 12 budak dilaporkan muncul dalam video propaganda kumpulan terbabit. - Agensi

15 lagi korban bom tong



SEORANG lelaki menggendong bayi yang berjaya diselamatkan selepas pesawat tentera Russia mengebom daerah Maadi di Aleppo, semalam. - AFP

AFP
Beirut: Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dalam serangan bom tong di daerah yang dikuasai kumpulan penentang rejim Presiden Bashar Assad di bandar Aleppo semalam.

Kumpulan Pemerhati Untuk Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, pesawat tentera Bashar menggugurkan dua tong berisi bom selang beberapa minit di daerah Maadi, timur Aleppo.

Bom itu jatuh berhampiran khemah tempat orang ramai menerima kunjungan dan ucapan takziah bagi mereka yang terbunuh dalam serangan di daerah Bab al-Nayrab baru-baru ini, kata pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.

“Bom pertama digugurkan ketika orang ramai berkumpul. Bom kedua pula digugurkan ketika ambulans tiba,” kata seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Menurutnya, sebuah ambulans musnah sama sekali.

SOHR berkata, puluhan mangsa cedera dalam serangan itu dan angka kematian dijangka meningkat.

Serangan terbabit dilakukan selepas 15 orang terbunuh, 11 daripadanya kanak-kanak, juga dalam serangan bom tong di Bab al-Nayrab, Khamis lalu.

Agensi berita tempatan, Shabha Press melaporkan, 23 terbunuh dalam serangan semalam.

Aleppo yang satu ketika dulu hab ekonomi Syria musnah dalam perang saudara yang bermula dengan tunjuk perasaan anti kerajaan pada Mac 2011.

Bandar berkenaan berpecah dua, sebelah timur dikuasai kumpulan penentang dan barat oleh kerajaan, sejak pertengahan 2012.

Rejim Bashar sering menggunakan bom tong untuk menyerang kawasan yang dikuasai penentang.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:05 AM

Wajah penderitaan konflik Syria

Image result


DAMSYIK 19 Ogos – Gambar seorang kanak-kanak lelaki Syria yang duduk di dalam sebuah ambulans dalam keadaan tubuhnya diselaputi debu dan mukanya berdarah dalam serangan udara, menggambarkan penderitaan sebenar yang dialami penduduk Aleppo ketika ini akibat perang saudara.
Gambar itu menjadi viral selepas sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad iaitu Rusia bersetuju menghentikan serangan selama 48 jam, sekali gus membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.
Imej Omran Daqneesh, 5, menjadi perhatian dunia, selepas sebelum ini gambar mayat Aylan Kurdi, kanak-kanak pelarian Syria yang terdampar di pantai Turki tahun lepas turut menjadi viral di internet.
Omran diselamatkan daripada runtuhan bangunan dalam serangan udara di Qaterji, tenggara Aleppo, kelmarin dan dipercayai telah dipertemukan dengan ahli keluarganya yang terselamat dalam serangan tersebut.
“Omran kelihatan takut dan bingung, namun dia tidak menangis kerana masih terkejut,” kata Dr. Mohammad yang merawat kanak-kanak itu.
Sementara itu, perang saudara yang tercetus di Syria selama lima tahun telah mengorbankan beratus ribu nyawa sehingga menyebabkan kawasan perkuburan penuh, tiada lagi ruang untuk menyemadikan mangsa korban konflik itu.
Menurut laporan Mail Online, penggali kubur terpaksa membuat lubang kubur dan menanam mayat secara bertingkat-tingkat kerana difahamkan 100 orang dilaporkan mati setiap hari di negara ini.
Setiap kubur bertingkat itu boleh memuatkan enam mayat dan kaedah sama turut digunakan di seluruh Syria.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah korban akibat konflik di Syria sehingga kini mencecah 200,000 orang, namun ada juga pihak menganggarkan angka tersebut lebih tinggi sehingga 400,000 orang.
Di Douma, kawasan pinggir kota Damsyik, penduduk bukan sahaja terpaksa menggunakan kubur bertingkat bagi menjimatkan ruang, malah turut mengalami masalah kekurangan kain kapan putih bagi membalut jenazah.
“Kain kapan putih sudah tidak cukup. Kami terpaksa menggunakan kain berwarna.
“Ketika pembunuhan beramai-ramai yang berlaku bulan lalu, kami terpaksa menggunakan beg plastik untuk membungkus mayat,” kata aktivis hak asasi manusia yang berpangkalan di Douma, Abu Muhammad Marouf. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wajah-penderitaan-konflik-syria-1.372539#sthash.fXed3nWx.dpuf

300,000 pelarian dijangka tiba di Jerman

AHAD, 28 OGOS 2016 @ 9:25 AM

KETUA Pejabat bagi Pendatang dan Pelarian Persekutuan (BAMF), Frank-Juergen Weise. - Foto Reuters

BERLIN: Ketua Pejabat bagi Pendatang dan Pelarian Persekutuan (BAMF) menjangkakan maksimum 300,000 pelarian akan tiba di Jerman pada tahun ini. "Kami bersiap sedia menerima 250,000 hingga 300,000 pelarian tahun ini," kata Frank-Juergen Weise kepada akhbar Bild am Sonntag dalam ruangan komen yang disiarkan hari ini. Rakyat Jerman cenderung menggunakan perkataan 'pelarian' untuk merujuk kepada kepada pendatang dan pelarian yang mendapatkan perlindungan di negara itu tetapi tidak mempunyai status pelarian.

Weise menambah jika bilangan lebih ramai berbanding jangkaan, pejabatnya akan berada dalam tekanan tetapi menegaskan beliau tidak bimbang dengan senario itu, berkata ia berkemungkinan kurang daripada 300,000 yang akan tiba tahun ini.

Katanya, Jerman menerima lebih sedikit pendatang pada 2015 berbanding yang dijangka kerana sebahagiannya mendaftar dua kali manakala sebahagian berpindah pergi destinasi lain. "Kami akan membentangkan jumlah sebenar tidak lama lagi tetapi sudah pasti tidak sampai sejuta yang tiba di Jerman tahun lalu," katanya.

 Dipercayai 1.1 juta pendatang memasuki ekonomi terbesar Eropah itu pada 2015 selepas melarikan diri daripada perang dan kemiskinan di negara asal mereka. Weise berkata, ia mengambil masa panjang dan kos tinggi untuk membawa masuk pendatang baru ke dalam pasaran buruh.

Katanya, 70 peratus pendatang yang tiba cergas untuk bekerja tetapi majoriti daripada mereka bergantung kepada syarat keselamatan sosial asas sebelum berjaya mendapatkan kerja. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187425

40 terbunuh akibat pengeboman tentera Turki di Syria

AHAD, 28 OGOS 2016 @ 9:23 PM

 Seorang askar Turki di atas kereta kebal memberi isyaratsambil memandu ke bandar sempadan Turki, Syria Jarabulus. - Foto AFP


BEIRUT: Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam serangan udara tentera Turki, angka kematian terbesar dalam kempen serangan negara itu di utara Syria, lapor kumpulan pemerhati hak asasi manusia, hari ini. Agensi berita Anadolu melaporkan, tentera sudah membunuh 25 pemberontak Kurdish dalam operasi serangan udara yang belum pernah dilakukan sebelum ini di Syria. Serangan itu dilakukan selepas Ankara berdepan kematian tentera kali pertama sejak ia melancarkan serangan serampang dua mata terhadap militan IS dan militan Kurdish di Syria pada Rabu lalu. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, Pada Ahad lalu, serangan udara awal pagi di perkampungan Jeb el-Kussa mengorbankan kira-kira 20 orang awam serta mencederakan 50 yang lain. Pada masa sama kumpulan itu berkata, di al-Amarneh, 20 terbunuh dan 25 yang lain parah dalam serangan udara tentera Turki. Kata kumpulan itu, sekurang-kurangnya empat militan Kurdish terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan di dua kawasan itu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187616

11 kanak-kanak terkorban serangan bom tong - Luar Negara - Utusan Online

11 kanak-kanak terkorban serangan bom tong - Luar Negara - Utusan Online:

syria



Gambar fail menunjukkan orang ramai membantu seorang kanak-kanak perempuan yang cedera dalam serangan udara oleh tentera kerajaan Syria ke atas kubu pemberontak di Kadi Askar, Aleppo pada 8 Julai lepas. - RUETERS

BEIRUT 26 Ogos - Seramai 11 kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan bom tong yang dilancarkan oleh tentera kerajaan di kawasan kejiranan ditawan pemberontak, Aleppo semalam.

“15 penduduk awam, antara mereka merupakan 11 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan bom tong di kawasan kejiranan Bab al-Nayrab di selatan bandar Aleppo,” kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria.

Badan pemantau itu juga melaporkan, lapan penduduk awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan pemberontak di barat Aleppo yang ditawan kerajaan. - AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/11-kanak-kanak-terkorban-serangan-bom-tong-1.374875#sthash.rJ3EZfa0.dpuf

'via Blog this'

Setiausaha Negara AS, Menteri Luar Rusia berunding isu Syria di Geneva - Luar Negara - Utusan Online

Setiausaha Negara AS, Menteri Luar Rusia berunding isu Syria di Geneva - Luar Negara - Utusan Online:



U.S. Secretary of State John Kerry (L) and Russian Foreign Minister

Setiausaha Negara AS, John Kerry (kiri) dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov (kanan) bermesyuarat untuk menyelesaikan krisis Syria di Geneva, Switzerland. - REUTERS
GENEVA, 26 Ogos - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengadakan pertemuan di Geneva hari ini bagi mencari jalan untuk mengerakkan semula rundingan damai konflik di Syria.
Pertemuan itu turut disertai wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria, Staffan de Mistura, yang menegaskan semalam bahawa rundingan itu ‘penting’, dan boleh membantu menghidupkan usahanya bagi membawa pihak-pihak terbabit menyambung semula rundingan.
De Mistura sebelum ini menyuarakan harapan untuk membawa semula semua pihak yang terbabit dalam konfli di Syria ke meja rundingan menjelang akhir bulan ini, tetapi harapan itu dilihat sangat tipis ekoran pertempuran sengit yang sedang berlaku di Syria ketika ini.
Rundingan antarabangsa sebelum ini gagal untuk menamatkan konflik di Syria yang telah meragut lebih 290,000 nayawa selain menyebabkan berjuta-juta penduduk melarikan diri sejak lima tahun lalu.
Moscow dan Washington menyokong pihak yang berbeza dalam perang saudara di Syria, yang meletus pada Mac 2011 selepas Presiden Bashar al-Assad melancarkan tindakan kekerasan untuk mematahkan protes pro-demokrasi.
Mesyuarat hari ini diadakan ketika konflik di Syria menjadi semakin rumit apabila Ankara bertindak menghantar kereta kebal ke Syria untuk menyokong kumpulan pemberontak.
Kumpulan pemberontak yang mendapat sokongan Turki berjaya menawan bandar Jarabulus di sempadan Syria daripada kumpulan militan Daesh, manakala tentera Turki menggunakan peluang itu untuk menggempur militia Kurdis Syria yang disokong AS. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/setiausaha-negara-as-menteri-luar-rusia-berunding-isu-syria-di-geneva-1.375073#sthash.uGj3spqc.dpuf

'via Blog this'

Kumpulan penentang Syria tinggalkan bandar Daraya - Luar Negara - Utusan Online

Kumpulan penentang Syria tinggalkan bandar Daraya - Luar Negara - Utusan Online:

Konvoi Persatun Bulan Sabit Merah Syria sedang menunggu untuk memasuki bandar Daraya. - REUTERS
DARAYA, Syria 26 Ogos - Kumpulan penentang Syria dan keluarga mereka mula meninggalkan bandar Daraya di pinggir Damsyik hari ini, di bawah satu perjanjian dengan kerajaan selepas bertempur dengan tentera kerajaan selama empat tahun.
Kumpulan penentang dan keluarga mereka meninggalkan bandar tersebut dengan menaiki bas diiringi kenderaan ambulans dan Palang Merah, lapor wartawan AFP di bandar itu.
Bas pertama meninggalkan bandar tersebut hari ini membawa kebanyakannya kanak-kanak, orang tua dan wanita.
Satu sumber tentera berkata, kira-kira 300 anggota kumpulan penentang dan keluarga mereka akan dibawa keluar dari Daraya pada hari pertama proses pemindahan.
Pemindahan itu merupakan sebahagian daripada perjanjian antara kerajaan dan kumpulan pemberontak di Daraya yang diumumkan semalam, dan dijangka selesai Sabtu ini.
Kumpulan pemberontak dibenarkan meninggalkan bandar itu dengan membawa senjata mereka serta dijanjikan keselamatan semasa proses transit ke bandar Idlib yang dikuasai penentang.
Sementara itu, penduduk awam dijangka dipindahkan ke pusat penempatan yang disediakan kerajaan bagi urusan pemprosesan dan penempatan semula.
Kira-kira 8,000 orang masih berada di Daraya ketika meletus pertempuran akhir 2012 dan pengeboman oleh tentera kerajaan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kumpulan-penentang-syria-tinggalkan-bandar-daraya-1.375078#sthash.p7NAkeNj.dpuf

'via Blog this'