Wednesday 6 April 2016

Penentang tembak jatuh pesawat rejim Bashar

Beirut: Kumpulan penentang rejim Syria menembak jatuh sebuah pesawat di selatan bandar Aleppo, tempat mereka bertempur dengan tentera Syria dan sekutu militannya.
Kumpulan Pemerhati bagi Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, kepulan asap dapat dilihat ketika pesawat itu terbakar dan terhempas di Talat al-Eis.
Kumpulan Barisan al-Nusra yang ada hubungan dengan al-Qaeda di kawasan tanah tinggi itu menjadi sasaran pengeboman besar-besaran oleh pesawat tentera Syria dan Russia sejak beberapa hari lalu.
Menurut SOHR, pesawat itu dipercayai diterbangkan juruterbang warga Syria.
Barisan al-Nusra tidak terbabit dalam gencatan senjata antara kerajaan dengan kumpulan penentang lain.
Jumaat lalu, pejuang al-Nusra berjaya memaksa tentera Syria berundur dari Al-Eis, bandar strategik di Aleppo.
Dalam rakaman video mengenai kejadian semalam yang dimuat naik ke laman media sosial, sekumpulan orang dilihat mengepung seorang lelaki, dipercayai juruterbang pesawat itu.
Ada dalam kalangan mereka kedengaran menjerit: “Dia warga Syria. Ambil senjatanya.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 8:59 AM


RANGKA pesawat yang ditembak jatuh di bandar al-Eis, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128263#sthash.2hNUZgyl.dpuf

Pemberontak Syria mara ke Dabiq

SELASA, 5 APRIL 2016 @ 9:48 PM

BEIRUT: Kumpulan pemberontak Syria mara menghampiri Dabiq, bandar utama di utara Syria yang dikuasai militan IS selepas mengusir mereka di lebih 12 perkampungan, menurut Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR). Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata tentera pemberontak kini berada pada jarak 10 kilometer dari Dabiq, bandar penting dari segi simbolik kepada militan IS.

"Sejak pertengahan Mac lalu, pejuang pemberontak disokong Turki merampas kawasan sempadan yang luas sepanjang 15 kilometer," katanya. Kumpulan pemberontak, termasuk Faylaq al-Sham dan Briged Sultan Murad, menawan 14 perkampungan sejak pertengahan Mac lalu. Dabiq, sebuah bandar dalam wilayah Aleppo, Syria ditawan IS pada Ogos 2014, adalah penting dari segi ideologi bagi kumpulan militan itu.

Bandar itu dikatakan akan menjadi medan pertempuran akhir zaman antara tentera Kristian dan pejuang Islam. Malah, kumpulan itu menamakan majalah dalam talian bahasa Inggeris mereka 'Dabiq' sempena bandar itu. - AFP


Pemberontak Syria mara menghampiri Dabiq. - Foto hiasan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140843