• Israel menyasarkan pangkalan tentera di Syria dalam serangan terbaharu. Foto: AFPIsrael menyasarkan pangkalan tentera di Syria dalam serangan terbaharu. Foto: AFP

TEL AVIV - ISRAEL. Israel membedil sembilan pangkalan termasuk ibu pejabat tentera di Syria dalam tindakan ketenteraan terbaharu dilancarkan rejim Zionis, menurut pihak berkuasa, semalam.

Difahamkan, serangan ke atas sembilan pangkalan tentera tersebut kononnya sebagai respons terhadap serangan peluru berpandu dari sempadan Syria sehingga meragut nyawa seorang remaja berumur 13 tahun sehari sebelum kejadian itu.

Dipetik AP, media tempatan melaporkan, dua orang awam turut cedera dalam insiden serangan pertama menyasarkan kenderaan milik orang awam di Bukit Golan.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut memandangkan kawasan terbabit dikuasai kerajaan dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Insiden itu dipercayai telah meningkatkan lagi ketegangan di Tel Aviv, di mana pihak berkuasa kini sedang berusaha mengesan tiga remaja yang diculik dalam operasi besar-besaran di Tebing Barat.