• Tentera FSA dan doktor sukarelawan membantu menyelamatkan kanak-kanak di kem pelarian.Tentera FSA dan doktor sukarelawan membantu menyelamatkan kanak-kanak di kem pelarian.
BEIRUT - LUBNAN. Helikopter tentera Syria membedil kem pelarian berhampiran sempadan Jordan menyebabkan sembilan kanak-kanak seawal usia empat tahun terkorban, awal pagi kelmarin.

Ketua Kumpulan Hak Asasi Manusia bagi Syria, Abdel Rahman berkata, kanak-kanak itu antara 19 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu di kem pelarian berhampiran kampung Shajara, selatan Damsyik.

“Mangsa korban adalah sembilan budak, tujuh lelaki dan tiga wanita. Kesemuanya adalah pelarian dari wilayah Daraa,” katanya.

Menurutnya, laporan dipetik dari AFP, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan di wilayah Daraa, sejak pergolakan memuncak di Iraq.