Thursday 12 June 2014

syria berdarah

Demi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dirancang oleh Barat, jelas mereka masih buta. Ya, buta hati dan buta mata.

Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya Syiah.

Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin. 

Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?

Kronologi ringkas, klik di sini -> http://www.harian-metro-online.com/kronologi-kes-penyembelihan-haulah-oleh-tentera-bashar

via Rakyat Malaysia Bersama Revolusi SyriaDemi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dirancang oleh Barat, jelas mereka masih buta. Ya, buta hati dan buta mata.
Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya Syiah.
Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin.
Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?

Tujuh terkorban dalam pengeboman kereta di Homs


2014/06/12 - 18:51:15
DAMSYIK: Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban apabila sebuah kereta meletup di tengah bandar raya Homs di sini hari ini.

"Tujuh orang terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman kereta pengganas di Wadi Dahab di Homs,” lapor saluran televisyen kerajaan.

Letupan itu juga dilaporkan oleh Pusat Pemerhatian Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain, yang menyatakan majoriti penduduk adalah daripada Alawit - keturunan Presiden Bashar al-Assad. - AFP 

500,000 tinggalkan Mosul


2014/06/12 - 08:53:34

Foto
PENDUDUK Mosul yang meninggalkan kediaman mereka di Nineveh, berkumpul di Pusat Pemeriksaan Aski Kalak 40 kilometer ke barat Arbil di wilayah Kurdistan semalam. - Foto AFP


Foto
DUA kanak-kanak berdiri berhampiran sebuah kenderaan yang terbakar ketika pertempuran antara tentera Iraq dan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Mosul semalam. - Foto Reuters
PM Iraq minta parlimen isytihar darurat

BASHIQA, IRAQ: Sekurang-kurangnya 500,000 penduduk melarikan diri dari Mosul apabila kumpulan militan terus mengukuhkan cengkaman mereka selepas mengambil alih kawalan di bandar kedua terbesar di Iraq itu semalam.

Militan jihad yang menggelarkan kumpulan mereka Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) kelmarin, berjaya menawan Mosul, serta wilayah bersebelahannya iaitu Nineveh dan Kirkuk serta wilayah Salaheddin.
“Semalam, mereka cuba untuk menawan Baiji di wilayah Salaheddin tetapi berundur apabila tentera dan polis sokongan tiba,” kata pegawai kerajaan.

Kemaraan mengejut mereka memberi tamparan hebat dan menjadi cabaran utama kepada pentadbiran kerajaan di Baghdad, manakala penganalisis berkata kekuatan mereka akan dikukuhkan daripada tunai bank di Mosul, perkakas daripada pangkalan tentera dan beratus-ratus lelaki yang dibebaskan dari penjara.

Ia juga mencetuskan penghijrahan besar-besaran, dengan keluarga menaiki kereta bersesak-sesak di pusat pemeriksaan di luar bandar utara itu, yang kebiasaannya menjadi lokasi dengan dua juta penduduk saja.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki bertindak balas dengan meminta parlimen mengisytiharkan darurat dan mengumumkan penduduk akan diberikan senjata untuk memerangi mereka.

Amerika Syarikat pula mengingatkan bahawa ISIL mengancam seluruh rantau itu.
Kelmarin, kumpulan bersenjata yang berpakaian tentera serta pakaian serba hitam mengawal bangunan kerajaan dan bank di Mosul, kata saksi yang dihubungi menerusi telefon daripada Bashiqa, sebuah pekan ke di timur.

Mereka memanggil menerusi pembesar suara, supaya kakitangan kerajaan kembali bertugas.

“Saya tidak membuka perniagaan sejak Khamis lalu kerana keadaan keselamatan,” kata pemilik kedai berusia 30 tahun, Abu Ahmed.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata kira-kira separuh juta warga Iraq melarikan diri dari rumah di Mosul selepas bandar itu kalah, bimbangkan peningkatan keganasan.

Pertubuhan yang beribu pejabat di Geneva itu berkata sumber menjangkakan keganasan sehingga membawa kepada kejayaan pengambilalihan kumpulan jihad itu “menyebabkan perpindahan 500,000 penduduk dari dalam dan luar bandar itu”.

“Keganasan di Mosul “menyebabkan ramai penduduk awam cedera,” kata IOM, sambil menambah pertempuran mengehadkan akses kepada perkhidmatan kesihatan daripada empat hospital di kawasan itu. “Sebaliknya, masjid ditukar kepada klinik untuk merawat mereka yang cedera,” katanya. - AFP

Bashar al-Assad dahului senarai penjenayah perang


Gambar fail bertarikh 11 Jun lalu merakamkan seorang anggota keselamatan mengangkat seorang lelaki yang cedera apabila tentera kerajaan melancarkan serangan udara di Aleppo, Syria. - AFP
GENEVA 11 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad menduduki tempat teratas dalam satu senarai 20 individu yang akan didakwa terbabit dengan jenayah perang melibatkan pegawai kerajaan dan pemberontak yang dirangka pakar pendakwaan, kata seorang bekas pendakwa raya jenayah perang antarabangsa, semalam.
Senarai itu telah dihantar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyebut setiap kejadian membabitkan pencabulan secara khusus piagam Rom di mana seseorang suspek itu boleh didakwa di ICC, menurut David Crane, seorang bekas ketua pendakwa raya Mahkamah Khas bagi Sierra Leone dan kini mengetuai Projek Akauntabiliti bagi Syria.
Satu pasukan penyiasat berasingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan empat senarai sulit suspek jenayah perang daripada semua pihak di Syria, namun enggan mendedahkan nama mereka yang terlibat.
Crane berkata, senarai itu disusun oleh kumpulannya yang terdiri daripada mereka yang pakar termasuk beberapa anggota tentera Syria dan anggota politik elit serta kumpulan pemberontak Islam ISIS dan barisan al-Nusra, walaupun dia tidak memberikan nama lain selain Assad.
"Kita mempunyai kira-kira 20 dakwaan membabitkan mereka yang paling bertanggungjawab. Ini merupakan satu usaha berkecuali. Kami bukan hanya mengejar Assad dan orang kanannya, kami sebenarnya mendokumenkan semua kejadian jenayah perang daripada kedua-dua pihak," kata Crane kepada Reuters.
Crane berkata demikian selepas mengambil bahagian dalam satu perbincangan panel mengenai penderaan dan jenayah lain yang dilakukan di pusat-pusat tahanan semasa perang saudara di Syria yang bermula dengan demonstrasi aman anti-Assad pada Mac 2011.
Beberapa imej yang dirakamkan oleh seorang jurugambar polis tentera Syria yang diterbitkan pada Januari lalu menunjukkan berlaku penyeksaan yang sistematik dan pembunuhan kira-kira 11,000 tahanan yang menyamai kem maut Nazi, kata beberapa bekas pendakwa raya termasuk Crane.
Crane yang merupakan seorang profesor di Kolej Universiti Undang-Undang Syracuse di New York, Amerika Syarikat, melancarkan Projek Akauntabiliti bagi Syria pada 2011 untuk mendokumenkan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh semua pihak dalam konflik di Syria.
Ia kini mempunyai 1,400 muka surat membabitkan dakwaan yang boleh dipercayai, dengan tarikh, tempat dan jumlah mereka yang disyaki terlibat melakukan jenayah, katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140612/lu_04/Bashar-al-Assad-dahului-senarai-penjenayah-perang#ixzz34NeO9qsw
© Utusan Melayu (M) Bhd