Tuesday 13 May 2014

syria

Usaha & ikhtiar mereka dalam meneruskan kehidupan. 
Mereka menggali lubang-lubang untuk mendapatkan bekalan air. 
Hanya Allah yang dapat mengurniakan nikmatnya itu. 
Teruskan berdoa buat mereka di sana. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Email: souriacare@gmail.com

Penentang kerajaan setuju bebaskan 1,500 keluarga yang ditahan


DAMSYIK 13 Mei - Kumpulan penentang kerajaan bersetuju untuk membebaskan 1,500 buah keluarga yang berada dalam tahanan mereka, sebagai pertukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan membebaskan rakan mereka yang berada dalam tahanan rejim Presiden Bashar al-Assad, semalam.
Persetujuan itu turut melibatkan pembebasan keluarga yang ditahan kumpulan berkenaan di bandar Adra, timur laut Damsyik, bandar yang kini berada dalam kepungan tentera kerajaan.
"Beberapa orang akan dibebaskan untuk mendapatkan bekalan makanan selain demi kebaikan orang awam," lapor akhbar tempatan Al-Watan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140513/lu_02/Penentang-kerajaan-setuju-bebaskan-1500-keluarga-yang-ditahan#ixzz31XetDXSK
© Utusan Melayu (M) Bhd