Tuesday 6 May 2014

Bashar gesa tingkat kerjasama

Bashar gesa tingkat kerjasama
Bashar (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Kemanusiaan.
5 Mei 2014 
DAMSYIK - SYRIA. Presiden Syria, Bashar al-Assad, kelmarin menggesa badan kerajaan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di zon konflik.

Bashar mengeluarkan kenyataan itu selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendakwa jutaan penduduk masih belum menerima bantuan.

"Kementerian perlu bekerjasama dengan badan bantuan bagi membolehkan ia dihantar pada waktu ditetapkan," katanya kepada AFP.

Bashar mula menggesa kerajaan bertindak selepas Ketua Misi Kemanusiaan PBB, Valerie Amos mendakwa, Resolusi 2139 yang menuntut semua pihak di Syria membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke negara itu gagal dilaksanakan.

Sebelum ini, pakar undang-undang antarabangsa juga menggesa PBB mengambil tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan dari Jordan dan Turki melalui sempadan.

Bagaimanapun, rejim Bashar hingga kini didakwa masih menyekat sebarang usaha itu dan kenyataan baharunya tidak memberi sebarang petunjuk dasar itu telah berubah.

Mahkamah terima pencalonan Assad

Assad serah pencalonan presiden
Assad bersama isteri, Asma dan anak mereka ketika menghadiri kempen awal pilihan raya di Damsyik. 
6 Mei 2014  DAMSYIK - SYRIA. Mahkamah Syria kelmarin memaklumkan telah menerima permintaan daripada Presiden Bashar al-Assad dan dua calon untuk dicalonkan dalam pilihan raya presiden bulan depan.

Bagaimanapun, ia tidak mungkin menimbulkan ancaman kepada pencabar Assad di mana penentang dan pemberontak antarabangsa yang berjuang untuk menggulingkan beliau menyifatkannya sebagai sandiwara.

Menurut perlembagaan, calon perlu mendapat sokongan daripada 35 ahli parlimen pro-Assad.

Jurucakap mahkamah Majid Khadra berkata, beberapa hari lalu Mahkamah Perlembagaan Syria menerima permintaan pencalonan daripada Assad, Hassan Abdallah dan ahli parlimen Maher Abdel-Hafiz Hajjar.

"Bagi permintaan yang ditolak, mereka mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada mahkamah pada 5 hingga 7 Mei," katanya kepad Reuters.