Thursday 27 February 2014

2,000 kanak-kanak Syria kebuluran


BEIRUT 26 Feb. - Hampir 2,000 orang kanak-kanak pelarian Syria yang berada di negara ini berhadapan dengan risiko maut akibat kebuluran jika mereka tidak diberikan bantuan yang sewajarnya.
"Pemakanan tidak seimbang merupakan masalah baharu yang berlaku secara senyap dalam kalangan pelarian yang berada di Lebanon,’’ kata wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Beirut, Annamaria Laurini, semalam.
Tambahnya, masalah tersebut berkait rapat dengan tahap kebersihan yang rendah, air minuman yang tidak selamat, penyakit, kekurangan imunisasi dan amalan pemberian makanan yang tidak betul kepada kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya satu juta pelarian Syria berada di negara ini, termasuklah 200,000 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140227/lu_10/2000-kanak-kanak-Syria-kebuluran#ixzz2uTJpwGGW
© Utusan Melayu (M) Bhd