Thursday 20 February 2014

She cries and says “We are hungry.”

#SYRIA

16.02.2014

She cries and says “We are hungry.”

Her tears fell while she was in her wheel chair and repeated the word “Hungry” to remain a mark of shame to humanity that accepted imposing siege on helpless and innocent people.

Damascus Besieged Countryside,Syria: An Old Lady's Suffering due to the Siege in South Damascus

http://youtu.be/En-U43aYadU

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#SyriaNeedsYou

sources : https://www.facebook.com/LanguegesOfTheWorlds?ref=ts&fref=ts

NO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!

#SYRIA

NO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!

#SyriaNeedsYou

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Tentera, FSA setuju gencatan senjata

Tentera, FSA setuju gencatan senjata
Wakil FSA berjabat tangan dengan tentera kerajaan ketika rundingan di Babbila, tenggara Damsyik, kelmarin. Foto: Reuters 
19 Februari 2014 BABBILA - SYIRIA. Kerajaan Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA), kelmarin bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di beberapa lokasi utama di sekitar Damsyik selepas rundingan damai pada minggu lalu gagal memeterai sebarang perjanjian.

Pelaksanaan gencatan senjata tersebut dibuat selepas pertempuran berlangsung di sekitar ibu negara selama 18 bulan.

Memetik laporan AFP, kedua-dua belah pihak terbabit juga bersetuju untuk membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke kawasan yang ditawan oleh FSA.

Difahamkan, puluhan ribu orang awam di kawasan diduduki FSA terpaksa hidup menderita akibat konflik yang berlarutan di negara itu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kira-kira 100 penduduk dilaporkan maut akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan di Moadamiyet al-Sham dan Yarmouk. - AFP

Syria guna bom berangkai baru

Beirut: Tentera rejim Syria didakwa menggunakan bom berangkai baru yang belum pernah digunakan dalam konflik negara itu.
Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya semalam berkata gambar yang dirakam selepas serangan terbaru di pusat bandar Hama menunjukkan tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad menggunakan bom berangkai jenis 300 mm 9M55K buatan Russia. 
Senjata berkenaan dikenal pasti mula digunakan pada 12 dan 13 Februari dalam serangan yang membunuh dua orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain.

Kumpulan berkenaan memberi amaran, bom berangkai yang digunakan kali ini tiga kali lebih besar berbanding yang sebelumnya dan akan meningkatkan kadar korban orang awam di negara itu.
Foto
SEORANG kanak-kanak Syria duduk bersebelahan dengan mayat seorang remaja yang sudah berkafan di Aleppo, utara Syria, semalam.

“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.

“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.

Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.

Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.

Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Budak 4 tahun tidak sesat

Budak 4 tahun  tidak sesatMarwan (gambar kecil) dipercayai terpisah seketika daripada keluarganya ketika dalam perjalanan ke kem pelarian. Damsyik: Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka.

Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.

Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.


Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.

“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.

“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.

Syria guna bom kluster baharu


BEIRUT 19 Feb. - Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa, kerajaan Syria melancarkan serangan menggunakan bom roket berangkai baharu yang sebelum ini tidak pernah digunakan dalam konflik berdarah itu.
Badan hak asasi itu menyatakan, gambar yang diambil dalam serangan terbaharu di bandar Hama mencadangkan kerajaan melancarkan roket 300mm 9M55k buatan Rusia dan mampu membawa berpuluh-puluh bom.
Menurut HRW, roket tesebut dikenal pasti digunakan dalam serangan pada 12 dan 13 Februari lalu yang menyaksikan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.
Badan hak asasi tersebut memberi amaran, roket itu tiga kali ganda besar berbanding bom berangkai lain yang digunakan oleh tentera Syria dan boleh membunuh lebih ramai mangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_09/Syria-guna-bom-kluster-baharu#ixzz2toAwoI7J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gadis direjam sampai mati kerana Facebook


Gadis Syria bernama Fatoum al-Jassem direjam sampai mati hanya kerana membuka akaun Facebook. - GAMBAR HIASAN
DAMSYIK 19 Feb. - Seorang gadis Syria dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana membuka akaun laman web sosial, Facebook, menurut satu laporan hari ini.
Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, di sini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.
Dia dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap ketika sedang melayari laman web itu.
Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut yang berada di bawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina.
ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, tahun lalu.
Kumpulan tersebut merupakan satu daripada pertubuhan yang menentang tentera kerajaan Syria, dan kini menawan bandar al-Raqqa pada Mac, tahun lalu.
Dilaporkan, terdapat penduduk yang menentang kumpulan itu ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa perbicaraan.
Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat dan menurut laporan saluran televisyen CNN, mereka dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_05/Gadis-direjam-sampai-mati-kerana-Facebook#ixzz2toA0dKkv
© Utusan Melayu (M) Bhd