Sunday 16 February 2014

Kem Yarmouk

Kancil mati tersepit.

'I want to go back to Yarmouk!'



Dua pertiga daripada 150,000 pelarian asal di Kem yarmouk, Syria kini hidup bergelandangan di sekitar Syria setelah melarikan diri dari serangan Assad ke atas kem tersebut.

47 maut di hadapan masjid


BEIRUT 15 Feb. - Sekurang-kurangnya 47 orang maut apabila sebuah kereta mengandungi bom diletupkan di hadapan sebuah masjid di utara Syria, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menyatakan, angka kematian dalam kejadian di Yaduda, selatan Daraa itu dijangka meningkat kerana sebahagian daripada 150 yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Aktivis menyalahkan tentera mendalangi serangan tersebut.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 18 askar dan anggota kumpulan militia prokerajaan terbunuh apabila penentang kerajaan meletupkan bom di bawah Hotel Carlton di Aleppo yang digunakan oleh tentera.
Badan hak asasi manusia itu memaklumkan, penentang kerajaan menggali terowong ke bawah hotel tersebut dan meletupkan bom terbabit, awal pagi semalam.
Dalam kejadian berasingan, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dilaporkan membunuh berpuluh-puluh orang apabila kumpulan itu terpaksa berundur dari lima buah kampung termasuk Hreitan, Aleppo selepas diserang penentang kerajaan.
Walaupun kumpulan penentang kerajaan sebelum ini menyambut baik penyertaan ISIL dalam pemberontakan itu, namun penderaan dan penindasan dilakukan mereka menyebabkan ISIL dibenci.
ISIL dilaporkan membunuh 27 orang termasuk 15 anggota pergerakan Islam.
Sebanyak 15 anggota kumpulan penentang kerajaan turut terbunuh dalam serangan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140216/lu_02/47-maut-di-hadapan-masjid#ixzz2tQpT7Lfl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria berdarah

Senarai nama syahid dan syahidah (insyaAllah) pada tarikh 11 Januari 2014. Wahai umat Islam sekalian, lihatlah video ini dan doakanlah mereka. Semoga Allah swt makbulkan doa-doa ikhlas kita buat mereka.

1 - As Syahiid Ahmed Ghassan Arab - Hasarjiih - 2014/02/11 - selepas terkena roket SSM 

2 - As Syahiid Yahya Shahhood - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

3 - As Syahiid Mujahid Alaa Khader Mahalli - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

4 - As Syahiid Samiyah Mahalli - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

5 - As Syahiid. Seorang budak bernama Rawwan - Hasarjiih - 2014/02/11 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

http://www.youtube.com/watch?v=lc6T0X7hAu0

6 - As Syahiid Seorang budak perempuan bernama Halaa Anwar Haider - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

7 - As Syahiid Seorang budak perempuan bernama Ghanni Anwar Haider - Kampong Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

8 - As Syahiid Seorang anak lelaki bernama Khadr Mahalli - Hasarjiih - 2014/11/02 - disebabkan oleh peluru berpandu SSM

9 - As Syahiid Imad Mahmoud Nafrah - Hawariin - 2014/02/11 - Meninggal dunia setelah berusaha mempertahankan agamanya dan negaranya.

p/s : SAM = Surface to Air Missile / SSM = Surface to Surface Missile.

Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=IVi-FQl_XU0
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=jaiAKGfEWFo
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=xcwsba3KvR4
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=37rWIrj05SE
Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=MuDDeN2QzxA