Tuesday 4 February 2014

Lihatlah apa yang rejim laknat Assad lakukan terhadap kediaman orang awam di Barzeh, Damsyik.

Lihatlah apa yang rejim laknat Assad lakukan terhadap kediaman orang awam di Barzeh, Damsyik.

[NH]
 

syria berdarah

Empat orang saudara seAkidah telah syahid (biiznillah) semalam. Mereka syahid dalam serangan berani mati yang dilakukan seorang lelaki yang telah datang kepada mereka dengan tujuan mahu melakukan rundingan damai dan inilah hasil keputusan rundingan mereka. 

Rahmatullah keatas mereka.

Ini adalah footage awal dari tragedi semalam yang mengorbankan 4 orang dan mencederakan ramai lagi.

Ini adalah footage awal dari tragedi semalam yang mengorbankan 4 orang dan mencederakan ramai lagi.

Pengkhianat ISIS yang pengecut tidak mampu untuk berhadapan dengan Mujahidin secara bersemuka,maka dia membuat tipu helah dan meminta untuk berjumpa,kononnya untuk berbincang mengenai tawaran perdamaian.Tetapi sejurus dia masuk ke bilik bersama ketua-ketua Mujahidin,beliau meletupkan diri.

Semoga Allah merahmati para syuhada.

Link Video dari Liwa Al Fath : http://youtu.be/LX2lqbQphl4

Hembusan nafas terakhir anak kecil ini, setelah serangan udara tentera rejim Assad..

Hembusan nafas terakhir anak kecil ini, setelah serangan udara tentera rejim Assad..

Adakah dunia mendengar tangisan anak sekecil ini?

Bagaimanakah saat si kecil ini menghadapi hari-hari gelap di dalam hidupnya?

Adakah kita mahu menunggu kesemua kanak-kanak Syria meninggal dunia kemudian baru kita hendak bersuara dan mengambil tindakan?

Bagunlah wahai ummah! Bagunlah!

syria

Sedangku bermain girang,
Terlihat kelibat pesawat yang tidak kukenali terbang di awangan seperti burung berterbangan,
Ku takut dan terus berlari kearah ayahku,
Ayahku segera menggenggam erat tanganku yang kecil,
Dia mengusap kepalaku dan memberi kata-kata Indah menenangkan diriku
'Jangan risau sayangku....' 
Kemudian.....

syria

Satu ketika dahulu anak kecil ini pernah tertimbus akibat runtuhan bangunan yang telah dibom dirumahnya. Tiada apa yang dapat menghalang semangatnya bagi meneruskan liku-liku kehidupan anak kecil ini yang dipenuhi dengan keperitan. Sesungguhnya Allah swt bersama mereka yang benar. Kini anak kecil ini kembali bangkit menyahut hangatnya udara peperangan bersama senyuman. Membesarnya anak-anak Syria di dunia peperangan.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=dGS4Z0jMnCk&feature=share
 

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah hubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak sahaja.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung jika boleh, bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan

Jeneral Thae'r Khalil Ali. Daripada ketua Shabiha berjaya dibunuh hari ini oleh Mujahidin.

Jeneral Thae'r Khalil Ali. Daripada ketua Shabiha berjaya dibunuh hari ini oleh Mujahidin. Sampaikan Laknat kepada Hafiz Assad dan tunggu kedatangan Bashar.

Kesian.. Nak berjihad tapi ni keliru mana satu musuh, mana satu sahabat...

[Bicara sang pengikut ISIS]

Kami membersihkan bandar ini daripada b*bi2 murtaddin. Kami datang ke sini untuk memenggal kepala mereka. Kami berikrar atas namaMu Ya Allah, kami akan membalas dendam keatas para murtaddin dan kalian akan membayar dengan darah kalian. Firman Allah,'Perangi Kuffar!'. Wallahi, kalian adalah sahawat dan Kuffar! Kuffar! Kuffar! Wallahi, kalian hanya akan dapat lihat senjata dan kami akan memenggal kepala-kepala kalian. Allah pasti akan memenangkan kami. Mereka memerangi kami kerana kamilah Muslim. Kami tidak akan menyerah kalah! Akulah singa yang berani dan cakaranku mencengkam ke dasar pasir. Bukit bukau melutut sebelumku. Akanku tunjukkan kehebatan dan kekuasaan ISIS di Syria, Kami akan membunuh mereka!

Link Video: https://www.youtube.com/watch?v=zG8t0qxBAl4

Aleppo diserang bertubi-tubi.

Aleppo diserang bertubi-tubi. Setiap hari purata 80 orang syahid. Serangan dari udara, serangan dari Rejim di barisan hadapan, dan serangan dari ISIS yang menikam dari belakang.

Teringat firman Allah SWT

"Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat."
Surah Al-Ahzab ayat 10-11

Semoga Allah memberikan mereka kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini.

36 lagi terbunuh di Syria


penduduk mengangkat seorang kanak-kanak yang cedera dalam serangan tentera Syria di bandar Aleppo, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 3 Feb. - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas bandar Aleppo masuk hari kedua hari ini, mengakibatkan sekurang-sekurangnya 36 lagi terbunuh.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera udara mengebom kawasan dikuasai penentang di timur Aleppo dengan helikopter tentera menggugurkan bom yang disifatkan kumpulan yang beribu pejabat di London itu sebagai membuta-tuli.
Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman berkata, sebanyak 21 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak dalam tiga serangan bom di daerah Tareq al-Bab dan 15 lagi terbunuh di beberapa buah bandar dalam serangan udara dan bom secara berasingan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 16 penentang kerajaan maut dalam dua serangan bom yang dilancarkan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), manakala 20 penentang lagi cedera dengan beberapa orang daripada mereka dilaporkan parah dalam serangan di bandar al-Ra'ei, tidak jauh dari sempadan Syria-Turki.
Menurut pemerhati, serangan bom itu berlaku ketika kumpulan penentang sedang mengadakan perbincangan di ibu pejabat mereka tentang kemungkinan perjanjian damai sementara dengan militan tersebut.
Akhbar pro kerajaan, Al-Watan melaporkan tentera kerajaan menguasai semula kebanyakan kawasan timur bandar Karam al-Turab ketika mereka cuba menguasai beberapa daerah di timur dan utara Aleppo.
Semalam, 85 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera kerajaan di utara Aleppo. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140204/lu_06/36-lagi-terbunuh-di-Syria#ixzz2sKczys2l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

assad is the enemy of all things beautiful & free..
That's why even the birds are not spared his thirst for blood!