DAMSYIK - SYRIA. Ahli Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong militan luar dipercayai menggunakan aplikasi iPad untuk menentukan sasaran bom mortar dalam pertempuran dengan tentera rejim Bashar Al-Assad di Damsyik.

Dipetik laporan Press TV, kumpulan militan dari Jobar mendakwa, mereka menggunakan kaedah konvensional dalam menangkis atau melepaskan bom mortar ke arah tentera rejim sejak konflik lebih 30 bulan itu tercetus.

“Kami menggunakan aplikasi peta mengukur jarak dengan kubu rejim sebelum melepaskan tembakan. Keperluan aplikasi teknologi baru itu banyak membantu untuk melicinkan operasi serangan termasuk menentukan sudut strategik,” katanya jurucakapnya.

Beliau mendedahkan, Ahli Briged Ansar Dimachk yang beroperasi di bawah FSA membuktikan keberkesanan kaedah itu dengan menggunakan mortar buatan sendiri ketika membedil Jobar, 15 September lalu.