Monday 1 July 2013

TERKINI



Walaupun kita dikhabarkan bahawa Jordan telah membina beberapa khemah pelarian untuk rakyat Syria, tetapi pelarian-pelarian di sana menerima pelbagai ancaman yang dibisukan dunia.

Antara ancaman yang diterima oleh mereka terutamanya pelarian wanita adalah :

1) Rakyat tempatan dan jutawan dari negara Teluk datang untuk memperdagangkan wanita-wanita Syria.

2) Ada yang datang menyatakan hasrat untuk berkahwin, tetapi hanya perkahwinan dalam tempoh sejam.

3) Kebanyakan wanita Syria mendalat ancaman rogol ketika keluar untuk ke tandas terutamanya waktu malam (berikutan kelengkapan tandas yang tidak selamat).

4) Ada dalam kalangan pelarian wanita yang diculik dan dijadikan pelacur.

5) Mereka tidak mempunyai kerja yang menyebabkan kehidupan mereka begitu naif.

Bagi sesiapa yang ingin menyumbang kepada rakyat Syria terutamanya pelarian Syria di Jordan, boleh rujuk page ini : Tangisan Syria Di Bumi Jordan.

#freesyria #pray4syria
 —

INFOGRFIK TERKINI




Jumlah pelarian Syria bertambah dengan mendadak buat masa ini. Jumlah terkini dilaporkan seramai 1,714,380 rakyat Syria yang menjadi pelarian di beberapa buah negara.

#freesyria #pray4syria

tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..

srikandi syria

Percayalah, bantuan kalian adalah jihad fi sabilillah..!

Dimanakah para dokter umat Islam saat ini...? Tidakkah anak anak Syria juga berhak mendapat bantuan mereka barang satu bulan saja...? Percayalah, bantuan kalian adalah jihad fi sabilillah..!

Hasbunallah wa ni'mal wakiilDimanakah para dokter umat Islam saat ini...? Tidakkah anak anak Syria juga berhak mendapat bantuan mereka barang satu bulan saja...? Percayalah, bantuan kalian adalah jihad fi sabilillah..!

Hasbunallah wa ni'mal wakiil

srikandi syria

Allahuakbar.

 

TERKINI



Sebuah helikopter tentera rejim ditembak jatuh oleh mujahidin FSA menggunakan peluru berpandu di perkampungan Nabl pagi tadi. 

Helikopter tersebut dipercayai berulang-alik ke kawasan Nabl dan Zahra mengangkut senjata untuk tentera rejim. Kesemua krew helikopter dilaporkan terbunuh. 

Lihat pautan : http://youtube.com/watch?v=-J5KIE2yd6c

TERKINI

Gambar menunjukkan sebahagian kecil kemusnahan di Qaboun, Dimasyq akibat pengeboman dahsyat secara berterusan yang dilakukan oleh rejim Basyar.

Tentera rejim dilaporkan sudah enam bulan mensasarkan Qaboun dengan serangan hampir setiap hari dari udara dan darat. Rejim juga turut memotong bekalan makanan, ubat-ubatan dan baru-baru ini, air turut disekat. 

Doakan rakyat Syria dan mujahidin.

#freesyria #pray4syria
 

Syria



Deir El Zour: Di mata tentera rejim, anak kecil ini , Wadak Aghi kelihatan seperti seorang pelampau Islam berbahaya, satu ancaman kepada masyarakat Syria yang telah disasarkan dan dibunuh.
Di mata manusia yang baik hati dan punyai jiwa yang bersih, dia adalah hanya anak kecil, bayi perempuan yang dibunuh oleh rejim kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menggunakan senjata yang sebenar . Walaupun pasukan perubatan beroperasi selama tujuh jam dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa beliau, kecederaan beliau terlalu besar untuk terus hidup dan dia meninggal dunia di tempat yang sangat terkenal sebagai 'Checkpoint Kematian' Deir El Zour ini (dinamakan sedemikian kerana ramai orang awam secara rawak dibunuh oleh tentera rejim Assad Laknatullah) di jalan utama di luar bandar kerana anak kecil Wadak Aghi telah dipindahkan ke hospital lain pada hari Rabu 12 Jun 2013.

Kami tidak akan meminta maaf atas sifat ngeri dan menyayat hati imej ini; dunia perlu meminta maaf kepada Syria untuk meninggalkan kecil Wadak Aghi dan beribu-ribu bayi Syria lain dan anak-anak yang akan disembelih oleh rejim Assad Laknatullah yang memandang mereka rakyat Syria sebagai "cagaran kerosakan ."

Subhanallah

Syria lancar serangan udara hebat ke atas Homs

BEIRUT 30 Jun - Tentera udara Syria, hari ini melancarkan serangan ke atas bandar Homs menyebabkan tiga orang awam terkorban, ketika tentera terus mara untuk mengambil alih kawalan ke atas beberapa daerah yang dikuasai pemberontak.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, pesawat pejuang Syria melancarkan serangan ke atas Old City di Homs menyebabkan tiga orang terbunuh dan sebuah rumah musnah.
''Tentera Syria juga melancarkan serangan ke atas daerah Khaldiyeh dan Old City dengan letupan kuat dapat didengari,'' kata badan hak asasi manusia tersebut.
Pengarah badan hak asasi manusia tersebut, Rami Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya tiga orang awam, termasuk seorang wanita dan dua orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara di Old City dan berpuluh-puluh orang lagi cedera sejak serangan bermula semalam.
Badan hak asasi itu berkata, tentera semalam melancarkan beberapa serangan bom di beberapa bahagian di Homs termasuk di Khaldiyeh, Bab Hud, Hamidiyeh dan Bustan al-Diwan.
Sumber tentera berkata, operasi ketenteraan tidak pernah dihentikan di Homs, namun ditingkatkan mengikut keutamaan.
''Apa yang penting adalah membersihkan kawasan perumahan di Homs daripada kumpulan pemberontak terutama di Khaldiyeh, Hamidiyeh dan Old City,'' kata sumber itu.
Akhbar harian Syria, Al Watan hari ini melaporkan tentera melancarkan tindakan kemaraan kualitatif di bandar Homs selepas tercetus pertempuran sengit dengan kumpulan militia di Khalidiyeh dan Bab Hud. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130701/lu_07/Syria-lancar-serangan-udara-hebat-ke-atas-Homs#ixzz2XqWK6spx
© Utusan Melayu (M) Bhd