Friday 12 April 2013

beberapa orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, dibunuh oleh tentera rejim Basyar


TERKINI Dilaporkan beberapa orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, dibunuh oleh tentera rejim Basyar menggunakan peluru berpandu Grad di Kem Pelarian Palestin di Yarmouk, Dimasyq pada hari Ahad, 31 Mac 2013. Rejim Basyar yang kononya ''anti-zionis'' setakat ini, telah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, dalam tempoh dua tahun lalu, jauh melebihi bilangan yang dibunuh oleh Israel dalam tempoh yang sama. Hari ini, 1 April 2013, masih belum diketahui bilangan sebenar orang awam yang telah dibunuh oleh rejim Bashar di Kem Pelarian Yarmouk, Dimasyq. Hanya 12 yang telah didokumenkan setakat ini.

dunia masih diam membisu melihat kezaliman ini.


HAKIKAT Keadaan yang memilukan di sebuah hospital di wilayah Halab. Kecewa, dunia masih diam membisu melihat kezaliman ini.

Mujahidin FSA berehat seketika dengan membaca Al-Quran


DOAKAN MEREKA Mujahidin FSA berehat seketika dengan membaca Al-Quran setelah seharian di medan jihad. Biarkan dunia yang masih memfitnah mereka sebagai pemberontak.

Pertemuan Ghassan Hitto


TERKINI Pertemuan Ghassan Hitto, PM Kerajaan Sementara Syria bersama pmpinan tertinggi Majlis Revolusi Syria di Syria. Membincangkan berkenaan pembentukan kabinet kerajaan sementara Syria.

Laknat Allah ke atas rejim Basyar dan sekutunya


TERKINI Dilaporkan lapan orang kanak-kanak gugur syahid hari ini di Bandar Ma'rah Nu'man akibat pengeboman yang dilakukan oleh rejim Basyar. Laknat Allah ke atas rejim Basyar dan sekutunya. Lihat pautan ini : http://youtu.be/fCGCEEDh9ys

SELAMAT PAGI SYRIA


SELAMAT PAGI SYRIA Waktu Syria sekarang tepat jam 7.40 pagi dengan cuaca 12 darjah celcius. Sekarang sedang berlaku pertempuran sengit antara mujahidin dan tentera rejim di kawasan pinggir Dimasyq. Doakan operasi mujahidin diberi pertolongan oleh Allah.

SUASANA DIMASYQ


SUASANA DIMASYQ Asap tebal menyelubungi kejiranan Jobar, Dimasyq selepas menjadi sasaran lebih daripada 40 roket. Doakan mujahidin.

DOAKAN MEREKA


DOAKAN MEREKA Kelihatan Batalion Al-Ikhlas yang merupakan antara batalion muslimah sedang berbincang berkenaan beberapa operasi yang akan mereka laksanakan Mereka ditugaskan untuk mengawal sekatan jalan raya dan rondaan dari rumah ke rumah. Batalion Al-Ikhlas di bawah seliaan pasukan Al-Sham Front, mujahidin FSA. Doakan mereka.

GEMPAR!


GEMPAR! Telah tersebar satu berita mengenai satu operasi yang dijalankan oleh mujahidin FSA berhampiran Najha, sebuah bandar selatan Dimasyq. Laporan didakwa menyatakan serangan itu bertujuan untuk mensasarkan konvoi kenderaan menteri pertahanan, Fah Jassim Freij. Beberapa sumber mujahidin mengesahkan operasi itu berjaya, mendakwa bahawa Freij telah terbunuh dalam serangan itu. Majlis FSA Dimasyq telah mengeluarkan kenyataan di mana ia telah menunjukkan bahawa pejuang telah meletupkan konvoi menteri. Freij telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan oleh Basyar Asad selepas Dawoud Rajih, menteri sebelumnya yang telah dibunuh dalam pengeboman Dimasyq tahun 2012. Beliau juga telah dinamakan sebagai Timbalan Komander Ketua Tentera dan Angkatan Tentera.

Mujahidin FSA berjaya menangkap pegawai tentera Iran di Foo`ah, Idlib.

HARAPAN RAKYAT SYRIA


Sepanduk yang rakyat Syria bentangkan berbunyi: "Kami tak mahu dengar berita kematian Basyar. Hal ini kerana semua rakyat mahu mengadilinya dulu dengan sebaik-baiknya. Biarkan dia hidup lebih lama 'di bawah tapak kasut-kasut kami. Perhitungan terhadapnya sangat besar, oleh itu jangan dia ditembak dahulu walau dengan sebutir peluru..." - Rakyat Syria.

. Rana, menganggotai unit pertempuran mujahidah FSA


DOAKAN BELIAU Rana berumur 20 tahun dan merupakan seorang pelajar. Rana, menganggotai unit pertempuran mujahidah FSA. Beliau turun ke medan jihad menyahut seruan jihad di bandar Halab.

Para pejuang revolusi membersihkan kawasan Hayyu Solahuddein


TERKINI Para pejuang revolusi membersihkan kawasan Hayyu Solahuddein, Halab daripada mayat-mayat dan darah akibat pengeboman oleh rejim tempoh hari. Doakan mereka.

SEHINGGA DUNIA MENGERTI


Inilah hakikat yang berlaku kepada rakyat Syria. Mereka terpaksa tinggal di celahan gua untuk melindungi diri mereka daripada serangan udara rejim yang mengebom rumah-rumah mereka. Di mana dunia apabila melihat kezaliman rejim terhadap ummah di Syria?

SIAPA PEDULI?


 Anak kecil ini merenung jauh keluar 'tingkap' rumahnya menanti sinar yang kian hampir. Jangan lupa kenangkan mereka dalam lirikan doa dan munajat kita.

KEJAYAAN MUJAHIDIN


Mujahidin FSA dari Batalion Al-Khattab berjaya meletupkan beberapa buah kenderaan BMP tentera rejim di timur bandar Otaiba, Al-Ghouta. Doakan mereka.

Orang awam jadi sasaran

Orang awam jadi sasaranSebahagian penduduk di Azaz, Aleppo cedera selepas tentera rejim melancarkan serangan udara, Ogos lalu.
DAMSYIK - Kumpulan hak asasi antarabangsa, semalam mendakwa tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan udara sembarangan yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 4,300 orang awam sejak Julai lalu.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW), jet pejuang milik rejim Assad juga menyasarkan premis perniagaan makanan dan hospital di utara Syria selepas sebahagian daripada wilayah di negara itu kini dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Laporan HRW berjudul Death from the Skies turut mendokumentasikan 59 serangan udara yang telah meragut sekurang-kurangnya 152 nyawa.

"Pihak yang melanggar undang-undang perang atau membunuh orang awam dengan sengaja boleh didakwa atas kesalahan melakukan jenayah kemanusiaan," menurut kenyataan HRW itu lagi," katanya yang dipetik daripada laporan AP.

Dalam satu kenyataan lain, penyelidik HRW, Ole Solvang memberitahu hampir semua penduduk di negara tersebut masih diselubungi ketakutan akibat konflik tidak berkesudahan itu.

"Ia jelas menunjukkan orang awam menjadi sasaran utama serangan udara yang dilancarkan oleh tentera kerajaan," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 70,000 orang terbunuh sejak negara itu mula bergolak, dua tahun lalu.

syria


رحمك الله يا أخي فضل

Anak basyar anak......

57 maut serangan di Syria



NEW YORK 11 April - Sekurang-kurangnya 57 orang maut, termasuk enam kanak-kanak selepas tentera melancarkan serangan habis-habisan di dua bandar di wilayah Daraa, selatan Syria, semalam.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak, tujuh wanita, 16 pemberontak dan 16 lelaki yang tidak dikenal pasti dan 12 askar maut selepas tentera melancarkan serangan di Al-Sanamein dan Ghabagheb, semalam.
Pengarah kumpulan itu, Rami Abdel Rahman berkata, serangan tentera itu dilancarkan sehari selepas berpuluh-puluh tentera dari pos berhampiran belot dan menyertai pemberontak.
Sementara itu, Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa tentera Syria telah melancarkan serangan udara secara melulu dan kadang-kala disengajakan ke atas penduduk awam sejak Julai lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 4,300 orang terbunuh.
Menurut HRW dalam laporannya yang bertajuk Death from the Skies hari ini, jet pejuang Syria menyasarkan serangan ke atas kilang membuat roti, orang ramai yang beratur mendapatkan makanan percuma dan hospital-hospital di utara negara itu.
Kumpulan yang beribu pejabat di New York itu berkata, aktivis mereka turut menjalankan pemeriksaan di 52 kawasan di utara Syria selama tiga bulan iaitu pada bulan Ogos, Oktober dan Disember tahun lalu. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130412/lu_09/57-maut-serangan-di-Syria#ixzz2QF5fFcGj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

45 maut akibat pertempuran di Syria




GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan beberapa buah bangunan kediaman musnah akibat serangan tentera Syria di Marjeh, Aleppo.- AP


BEIRUT - Seramai lima orang kanak-kanak merupakan antara 45 mangsa yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Syria di dua buah bandar di wilayah Daraa, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia semalam.
"Jumlah mangsa yang terkorban ekoran terkena tembakan, serangan, hukuman dan pertembungan antara tentera penentang dan tentera Syria pada Rabu lalu di bandar Al-Sanamein dan Ghabagheb telah meningkat kepada 45 orang," kata kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi.
Kumpulan tersebut juga menyatakan, seramai 4,300 mangsa terbunuh sejak musim panas lalu.
Ia menyatakan, beberapa jet pejuang tentera Syria sengaja menyerang kedai roti, kilang roti dan beberapa buah hospital di wilayah utara negara tersebut.
"Sasaran serangan udara itu dilakukan bertujuan untuk menimbulkan rasa gentar terhadap orang awam, terutama dalam kawasan kawalan kumpulan penentang," kata seorang aktivis daripada kumpulan tersebut, Ole Solvang yang berpangkalan di New York kepada agensi berita AP.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011.
Kumpulan penentang itu mahu Presiden Syria, Bashar Al-Assad digulingkan kerana beliau dianggap gagal membawa pembaharuan dan kebebasan hak asasi manusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2QCDXUFn3 
Hakcipta terpelihara