Monday 18 March 2013

Ya Allah... Lihatlah kekejaman rejim Basyar ini. Mereka

 Ya Allah... Lihatlah kekejaman rejim Basyar ini. Mereka lebih dahsyat dari tentera zionis. Bukan saya hendak menafikan kezaliman zionis, tetapi kebanyakkan kematian yang berlaku di Palestin adalah akibat dari pengeboman juga tembakan. 

Tetapi apa yang berlaku di Syria lebih dahsyat. Kanak-kanak dibunuh kejam. Ada yang disembelih, dikelar seluruh badan, dihempas ke dinding hingga memburaikan otak, di ikat dan dipukul hingga mati didepan ibu-bapa sendiri dan bermacam-macam lagi kezaliman yang tidak boleh diterima akal.

Mana lebih gila? Syiah atau Zionis? Apakah tidak ada sedikit rasa simpati buat Syria? Ramai dari kita masih lagi tidak faham dengan isu Syria. Ramai masih keliru. Sementara media-media negara ini lebih berpihak kepada Rejim Basyar. Menayangkan ucapan Basyar Assad dan Hassan Nasrallah adalah perbuatan yang tidak sesekali dapat diterima. Begitu juga dengan gelaran pengganas yang mereka lontarkan terhadap pejuang-pejuang Islam di barisan hadapan. Kenapa dengan mereka (Media)?

Sekarang adalah menjadi tugas kita untuk memberi kefahaman kepada saudara-saudara kita yang masih tidur bila Syria berdarah. Dan jaganya mereka hanya apabila Gaza diserang. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya kemenangan itu sangat dekat, InsyaAllah

~ DARI DAMASCUS KE AQSA ~

syria berdarah

Anak-anak kita... bila jatuh dan terluka, segera kita bawak ke klinik untuk dirawat. Kasih dan sayangnya kita kepada anak-anak. Biarpun lukanya hanya sedikit. Kita tak kisah membayar kos rawatan walaupun berapa harganya.

Anak-anak Syria... mereka disembelih, dibelah perutnya, dihempas, dirogol didepan ibu-bapa mereka dan bermacam-macam jenis seksaan yg diterima. Apa perasaan ibu-bapa mereka? Bagaimana jika hal ini berlaku kepada kita? Berdoalah untuk mereka, mendermalah bagi meringankan penderitaan mereka. Derma boleh disalurkan kepada SYRIA CARE: RHB bank : MUSLIM CARE
26-2120-0000-4747
 —