Thursday 18 October 2012

Masjid Umayyad, Aleppo, Syria

Assalamu3alaikum...wth,

Sekejap tadi Chik Na rasa sungguh terkilan apabila membaca newspaper semalam (chik na ni mmg selalu baca paper lewat 1 hari sebabnya adinda Arri bawa balik after balik kerja setiap hari, so masa yg agak lapang utk baca paper after anak-anak p sekolah keesokkan harinya atau pada sebelah malam sblm tido...he he he) pasal Masjid Umayyad di Aleppo hangus terbakar. Rasa sedih dan terharu bila terkenangkan bangunan masjid yang diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO musnah dijilat api....tambahan pula kami sekeluarga pernah singgah untuk bersolat di Masjid Agung Umayyad semasa percutian kami ke Syria pada cuti akhir tahun sekolah 2010.

hancur luluh melihat bangunan sejarah islam musnah dijilat api - source from reuter

sayang... masjid yg musnah akibat pertelingkahan antara kerajaan dan pembangkang

Gambar dibawah, adalah gambar yang kami capture semasa melawat Aleppo pada 11 Dec 2010.

 Masjid Agung Umayyad, Aleppo

Masjid Umayyad di Aleppo terletak berhampiran dengan Kubu Salahuddin Al-Ayyubi dan Souk Al-Madina.  Dibina pada kurun ke 8 oleh kerajaan Umayyah iaitu semasa pemerintahan Khalifah Al-Walid. Walau bagaimanapun masjid yg ada sekarang ini adalah yang dibina kembali pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk pada kurun ke-13.  Hanya menaranya sahaja yang kekal dari tahun 1090.


 Suka rekabentuk lampunya

 tempat mengambil wuduk untuk kaum muslimah

 Menara Masjid Umayyad








 lampu chandelier yang cantik


Terdapat makam Nabi Zakaria a.s di dlm bangunan Masjid Umayyad di Aleppo

 para pengunjung memberi salam ke atas Nabi Zakaria a.s sambil berdoa


ha ha ha... ari ni jadi terlebih rajin plak..sampai 2 entry Chik Na publish..sumber